Sunday, 31 July 2011

Ramadhan..Part #1

# Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

*********************************************************************************

Alhamdulillah...syukur aku padamu Ya Allah. Masih berpeluang bertemu Ramadhan untuk kesekian kalinya. Mampukah aku melipatgandakan amalan di bulan yang mulia ini Ya Allah? Aku mohon....kuatkan iltizam dan semangatku mengharungi bulan yang penuh dengan segala keberkatan ini Ya Allah

Thursday, 28 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....

Assalamualaikum wbt.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


#1 Hadith Berkaitan Ramadhan Al-Mubarak

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

*****************************************************************************************************

Mudah-mudahan setiap dari kita akan dilimpahkan rahmatnya di bulan yang penuh barakah ini.