Aku pernah ke tempat nie dulu, awal 2011 kalau tak silap...tapi masa tu kitorang dok tawaf shoplot yang berderet-deret tu sampai naik lenguh kaki ni. Tapi sekarang kedai-kedai nie seme dah tutop....tak caya tengok gamba nie...
kedai dah banyak tutop.... |
...dan digantikan dengan kompleks baru yang moden dan mewah..dan yang paling penting - selesa!. Parking pun senang dah sekarang...(tapi aku pegi naik lrt je sebab nak tengok2 dulu). So, lepas nie boleh la drive ke sini...
Untuk yang tak berapa rajin nak drive, boleh je naik lrt dan turun di stesen Hang Tuah. pastu jalan kaki ikut celah-celah flat dan shoplot yang betul-betul bersebelahan stesen LRT tu.
nun...di depan sanalah tersergam KWC yang baru....
Dan...suasana di dalam sangat meriah....kalau tak silap ada 8 floor yang menempatkan pelbagai kedai/outlet yang menjual barangan pada harga borong dan runcit..
antara deretan kedai ... |
Kat sini,kita boleh dapatkan pelbagai barangan especially pakaian wanita dan kanak-kanak dengan harga yang sangat murah!...tetapi kene beli borong at least 3 atau 6 helai. Bergantung pada kedai la....aku dah aim dah 2-3 kedai yang agak memberangsangkan..hehehehee