Sunday, 10 February 2013

Klinik Pergigian Bangi




Sekadar berkongsi suatu pengalaman menarik...

Kepada yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang terutamanya bagi orang kebanyakan dan penjawat awam (seperti diriku...,huhuhu...) yang semestinya tidak mempunyai klinik panel silalah berkunjung ke Klinik Pergigian Bangi di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Fasiliti dan servis diberikan sangat "First Class" dan masa menunggu pun sangat pendek (in fact klinik swasta pun lagi lama kene menunggu rasanya..) . Aku ke sana pada awal Feb 2013 jam 8.10 pagi dan semua urusan termasuk pendaftaran dan jumpa doktor sampai selesai cuma mengambil masa hanya 30 MINIT!!...Macam tak percaya kan? ...dah le pantas....bayaran pun cuma RM3 ok...!! Mana nak dapat tu....



klinik-kesihatan-bandar-baru-bangi-dentist
sumber : http://bangiblog.my


Macamana nak kesana ye?
sangat senang.....
Kalau dari PKNS (PKNS sebelah kanan anda) terus je sampai jumpa roundabout yg nak menghala ke seksyen 7/8 tu. Amik kanan (pukul 3) dan drive terus sampai jumpa Petronas belah kiri. Lepas petronas tu terus masuk simpang kiri yang pertama. Klinik tu ada kat belah kanan jalan. Parking agak bermasalah...sila lah parking kat tepi2 jalan tu ye....

Kalau ikutkan waktu operasi die Isnin - Khamis pagi adalah untuk pesakit luar sementara petang khusus untuk kes temujanji. Tapi jangan risau, kalu setakat kes biasa nak tampal / cabut gigi macam aku aritu tak perlu temujanji...walk-in je...Untuk kanak-kanak pula hari jumaat sahaja ok...pun sama - pagi untuk pesakit luar dan petang untuk temujanji...


:-)