Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...Tuhan sekalian alam....
Pagi ni ...aku berjaya memperbaharui passport maid aku yang akan tamat Jan 2014 dengan lancarnya (lega yang amat). Tak sesia satu hari cutiku terkorban.
Untuk rujukan sendiri di masa-masa akan datang (dan juga sesiapa yang berkenaan ) di bawah ini aku senaraikan keseluruhan proses yang berlaku (ini kes agak last minute, sila jangan tiru aksi ini yaa..better renew beberapa bulan awal...hehhhehee)
7.00 pagi : aku dan maid mula berbaris di luar kedutaan Indonesia di Jalan Ampang - walaupun gate hanya akan dibuka pada jam 7.30 pagi. Perlu beratur dalam 2 barisan berasingan lelaki dan perempuan ya! Memandangkan nama majikan tertera namaku - so, bolehlah beratur sama-sama dengan maid dalam satu barisan.
(Nota : kalau berselipar jepun, sila balik rumah tukar kasut cantik sikit ye...atau pun beli je selipar baru kat situ gak - ada je yang buat bisnes kat tempat kita beratur reramai tu. Difahamkan, kalau tak sesia je pihak kedutaan akan halau balik kalau pakai selipar "cepit" a.k.a selipar jepun....)
7.30 pagi : Gate dibukak...semua dah boleh masuk pelan2...bila dah masuk, majikan akan diikatkan tag hijau kat tangan sementara maid pakai tag oren. Ala-ala masuk theme park gitu...pastu beratur lak amik form biru (application form). Dalam form ni perlu diisi segala maklumat peribadi maid termasuk no telefon dan alamat di Indon serta maklumat majikan di Malaysia. Suruh je maid pegi beratur ambil nombor giliran dulu sementara majikan tolong isikan form biru tersebut.
8.00 pagi : Maid kena beratur pulak untuk ke kaunter ambil gambar. Kalau ruangan kaunter proses dah dibuka majikan bolehlah masuk dan tunggu kat dalam tu. Sambil-sambil tu isik la borang kontrak kerja yang 3 copy tu. Jangan lupa isi semua maklumat dan sain siap-siap borang tu. Kontrak kerja tu untuk 1 tahun dan kedutaan akan amik 1 copy, majikan 1 copy dan maid 1 copy. Kontrak kerja ini MANDATORI bila maid nak pulang bercuti ke Indon ye. Tanpa kontrak kerja nie diorang tak dapat nak buat KTKLN (macam kad pengesahan bekerja luar negara la). Dengar ceritanya ada yang kena denda sampai RM500 masa nak kembali ke Malaysia sebab KTKLN ni dah tamat tempoh!
8.30 pagi : Setel urusan maid yang amik gambar tu, diorang bolehlah masuk (bersama majikan) untuk tunggu kaunter proses pulak panggil nombor. Kaunter proses hanya dibuka jam 9.00 pagi so, lepak-lepak la dulu.
9.30 pagi : Nombor dipanggil - so kami ke kaunter 12 - serahkan semua salinan dokumen, borang kontrak (3 salinan) serta borang biru tadi. Bayaran RM18 (untuk 5 tahun) dibuat di kaunter yang sama. Kalau semua dokumen ada, sekejap je kat kaunter nie then proceed ke kaunter 31-32 (kontrak kerja).
9.45 pagi : Maid dipanggil masuk untuk diinterview (dalam kes aku, majikan tidak dipanggil - tapi ada jugak majikan yang kena masuk sama semasa interview). Lepas interview dalam lebih kurang 10 minit, boleh la beredar ke kaunter terakhir untuk ambil passport yang dah siap iaitu kaunter 27-29.
10.00 pagi : Menuju kaunter kutipan pasport yang terletak kat kawasan yang open. Takde aircond di sini ya....orang pun sangat la ramai. Jadi sabar aje la.....
12.30 tengahari : Passport pun siap ...alhamdulillah.....nama-nama pemegang passport yang dah siap akan dipanggil melalui pembesar suara mengikut kaunter yang telah ditentukan. Perlu ingatkan maid untuk minta salinan kontrak kerja tadi (in case orang kaunter terlepas pandang).
So, macam tu la lebih kurang prosesnya. Bagaimanapun, terima kasih banyak-banyak atas info-info yang banyak di internet yang sangat membantu terutamanya mrsakosan dan blog ini. Anda sangat-sangat membantu.
Langkah seterusnya, kena pergi imigresen untuk renew permit. Selepas dah renew permit, bolehlah bernafas lega...untuk setahun...hehehhehe..
Nota :
Masa yang dinyatakan adalah pengalaman yang kami alami sendiri, jadinya mungkin situasi orang lain akan berbeza tapi kronologinya tetap sama.