Thursday, 8 September 2011

Padamu Kubersujud



Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

* Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

reff:
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff

Pada-MU


** Antara lagu feveret aku - nyanyian Afghan (artis indon) ..sarat dengan mesej dan keinsafan.

Tuesday, 6 September 2011

Kisah jutawan - Tan Sri Syed mokhtar Albukhari



Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukansahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.

Tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang beliau.Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempatketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.

Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.

Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.

Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.

Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.
p.s : mudah-mudahan lebih ramai jutawan Melayu akan muncul...
(credit to usahawanbistari.blogspot )

Friday, 2 September 2011

Raya Yang 'Happening'...

Alhamdulillah...1 Syawal dah berlalu dan diraikan dengan meriah...tanda kemenangan umatnya yang berjaya mengharungi dugaan di bulan Ramadhan.

Apa pun..raya kali nie memang 'happening' sungguh!...Kami terperangkap hampir 6 jam semasa on the way ke Grik yang jarak perjalanannya aku rasa lebih kurang 40km jer... (ikutkan...perjalanan biasa mengambil masa setengah jam sahaja!)..Nak kata orang seme pakat habih cuti tak logik plak sebab masa tu baru raya ketiga...


Monday, 22 August 2011

Halal Haram Pelaburan Emas

Sedikit info untuk dikongsi bersama ..berkaitan halal haram pelaburan emas..

Sebelum itu jauhkan diri dari pelaburan emas yang ditawarkan oleh individu atau syarikat persendirian. Semak dahulu dengan bank negara kesahihan tawaran mereka dan selepas itu semak halal dan haramnya. Banyak yang tertipu dengan skim2 sebegini.

Secara umumnya tiada masalah dalam pembelian emas mengikut syarat muamalat yang biasa. Kita akad bayar dan ambil. Macam beli emas di kedai emas 'Mek Husna' mahupun 'Habib Jewels'. Masalahnya sekarang bagaimana pula aspek muamalat dalam isu AKAUN PELABURAN EMAS ?


Akaun ini sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu, perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah sebegitu bermasalah seperti matawang kertas. Emas fizikal (barang kemas, gold bar adalah terbaik)

Jadi bagaimana dengan hukum pembukaan akaun pelaburan emas?

Sedikit rujukan dari Ustaz Zaharuddin (pakar perbankan Islam), untuk aktiviti akaun simpanan emas ini menjadi HALAL dan SAH ianya mesti;

[+] Bank mempunyai emas tersebut
[+] Bank beri bukti pemilikan/pembukaan akaun

Jika tak ada 2 syart minimum ini makanya hukumnya adalah HARAM dan BATAL

Dalam kata lain, kita boleh mengeluarkan emas fizikal pada bila-bila masa kita perlukan (maknanya bank memiliki emas tersebut). Jika anda perasan bukan semua bank yang menawarkan akaun pelaburan emas ini membenarkan pengeluaran emas fizikal, persoalannya adakah mereka benar2 mempunyai emas tersebut?

 2 contoh bank yang membenarkan pengeluaran emas fizikal;

- Maybank dengan jumlah 10,20 dan 50grams
- Kuwait Finance House dengan jumlah 1,4,10 dan 50 grams

Ada ruang dalam sistem perbankan yang sedia ada, semuanya terletak atas kita. Jangan lupa bayar zakat emas bila cukup 'haul'nya, 85gram....


sumber : faridadam.com

Tips Membina Perniagaan Dari Rumah

Bekerja di rumah bukan perkara asing lagi. Telah ramai menceburi bidang “pekerja bebas atau freelance” tanpa ragu-ragu mungkin disebabkan tiada pekerjaan tetap, menukar hobi atau baru berjinak-jinak dalam sesuatu perniagaan.



Apa yang anda harus faham tentang konsep bekerja dari rumah


1. Tidak semestinya melarang anda berjumpa dengan pelanggan.
2. Anda boleh memperagakan pejabat anda kepada pelanggan
3. Anda boleh membuat pelancaran atau pembukaan
4. Anda boleh bermesyuarat, bersosial sepertimana hari-hari bekerja dengan majikan.
5. Anda boleh berpenampilan menarik (bukanlah sekadar memakai baju kelawar atau kain pelekat)
6. Anda boleh memenangi tender dll
7. Anda boleh menampilkan bakat, kepakaran dan pengalaman kepada pelanggan
8. Anda berhak menentukan konsep perniagaan; bersemuka atau tidak bersemuka
9. Anda boleh menyaman pihak lain dan juga disaman
10. Anda bebas membuat keputusan
11. Anda bebas membuat polisi syarikat
12. Anda berhak merekrut pekerja (tempatan atau dari luar Negara)

Bermakna daripada senarai di atas, anda lah majikan, anda lah pekerja dan anda lah pentadbir. Walaupun rumah anda telah menjadi dua dalam satu, iaitu sebuah pejabat-rumahtangga, anda perlu lah memperkenalkan pejabat anda itu kepada masyarakat. Melainkan anda hanya menjadi agensi atau melakukan kerja sumber luar (outsourcing) seperti perundingan kepada syarikat lain, mungkin anda hanya memerlukan sebuah blog berdaftar atau website statik yang sekadar menyenaraikan perkhidmatan anda tanpa perlu interaktif, kecuali beremel sahaja.


Ciri-ciri umum memulakan pejabat atau ruang perniagaan di rumah.


Sukarkah hendak membina sebuah pejabat-rumahtangga anda? Tidak sesukar yang disangkakan jika anda telah menjadikannya pejabat yang sebenar-benarnya, iaitu tempat bekerja dan bukan tempat makan merangkap tempat bekerja, atau ruang rehat merangkap tempat bertemu pelanggan. Beberapa perkara perlu diteliti sebelum memulakan pejabat di rumah:

1. Ruang yang sesuai
-Untuk memiliki sebuah ruang yang selesa memerlukan pengorbanan. Adakah rumah anda cukup luas untuk dijadikan ruang terapi kecantikan?Adakah ruang tersebut sekadar sesuai untuk seorang penulis menulis artikel atau buku-buku? Adakah anda perlu merenovasi ruang lain khusus untuk dijadikan pejabat? Anda tentu pernah menonton filem Anak Bapak. Pada zaman itu Tan Sri P.Ramlee sudah menyerlahkan idea tentang konsep pejabat di rumah.
-Selain sesuai, adakah laluan ke pejabat anda itu (sekiranya anda perlu bertemu pelanggan, bermesyuarat dengan pihak tertentu dll) berasingan? Tidak professional sekiranya pihak luar terpaksa memasuki pintu ruang tamu anda, kemudian melalui bilik-bilik tidur untuk ke ruang mesyuarat.

2. Kelengkapan pejabat atau pusat perniagaan anda
Ini bergantung pada jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda membuka salon kecantikan mini, sebagaimana diketahui sudah tentulah harus memiliki pengering rambut, kelengkapan untuk mencuci rambut, troli, perabot untuk menggunting rambut. Perlu diambil kira, adakah kesemua ini sekadar ada atau benar-benar boleh menatarias rambut dan gaya seseorang insan? Jika hanya boleh menggunting rambut, tetapi pelanggan terpaksa pula ke salon lain untuk mencuci atau mewarnakan rambutnya, dinasihatkan anda jangan berani-berani membuka sebuah salon kecantikan.


Bagaimana mempromosi pejabat atau ruang perniagaan di rumah?


Walaupun beroperasi dari rumah, kita hendaklah sentiasa kelihatan professional dan benar-benar memenuhi citarasa pelanggan. Walaupun anda sekadar seorang penulis amatur, anda boleh mempromosikan ruang bekerja anda bagi menarik perhatian pelanggan.Caranya:

1. Promosi dengan menggunakan blog. Protokol blogspot, wordpress dll sudah menjadi kelaziman. Lebih baik, anda memiliki domain berbayar anda sendiri.Anda lah pemiliknya, anda juga lah yang berhak mempamerkan gambar-gambar ruang kerja anda, testimonial pelanggan, sampel kerja atau berinteraksi dengan pembaca blog.

2. Promosi konvensional seperti mengirimkan brosur, fliers, menampal banner, bunting atau jika anda bermodal, mungkin membina sebuah papan tanda kecil lebih menjimatkan dalam jangka masa yang panjang.

3. Promosi besar-besaran seperti di media elektronik dan cetak.

4. Promosi rangkaian sosial seperti di Facebook, Tagged, Twitter dll.

5. Promosi di forum-forum pembaca

6. Promosi lebih konvensional dengan membuka boost sebagai hari bertemu pelanggan.

Paling penting, dari segi daya tarikan perniagaan dari rumah. Anda haruslah membuktikan kepakaran anda dalam bidang perniagaan yang anda ceburi.

Rasanya dalam keenam-enam cara promosi di atas, ramai yang sudah tahu tetapi bukan semua orang mempraktikkannya. Malah ada yang masih rasa kabur dan mula berputus asa.Janganlah begitu. Sekecil-kecil tips kadang kala orang lupa dan alpa tetapi jika anda tidak mula bertindak, ibarat anda hanya berangan-angan seperti Mat Jenin.

sumber  : drumah.com

Laughter is the best medicine

Hahahaa....aku dapat nie masa melayari blog sheila. Kreatif betul sapa2 yang dapat idea nie...! layann....


Kuih-kuih Tradisional Malaysia

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji (?) = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih untuk blackout = Tepung Pelita
Kuih tangkap ikan = Roti Jala
Kuih standard Hollywood = Kuih Jennifer Lopez
Kuih unit pemusnah bom = Kuih Bom
Kuih kaki dera = Kuih Cakar Ayam
Kuih paling bengap = Lempuk (sokmo nak kena hempuk) haha!
Kuih paling putih = Kuih Tepung Gomak
Kuih paling policies & procedures = Kuih Cara
Kuih paling rockstar = Kuih Deram
Kuih ahli bomba = Kuih Bakar
Kuih paling selekeh = Kuih Serabai
Kuih paling selalu kena marah = Putu Bambu
Kuih paling menyengat = Kuih Sarang Tebuan
Kuih iklan Ridsect paling suka = Kuih Sarang Semut

p.s : thanks sheila

Monday, 15 August 2011

Kelebihan Bagi Orang Yang berpuasa

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."