Wednesday, 5 March 2014

Ebook : Pakej Lengkap Bun dan Pizza

Cuba tengok gambar-gambar nie...teruja tak??hehehheeh...





                                                (pic : google)

Sangat mengujakan bukan......semua orang boleh hasilkan sendiri bun dan pizza yang lazat..lagi meleleh ni. Cara-caranga ada kat sini ye....

Aku pun dah selamat beli ebook ni dan insya allah kalau dah berjaya bereksperimen nanti akan berkongsi hasilnya....tungguuuuuu!!!


Tuesday, 19 November 2013

Pembaharuan Passport Pembantu Rumah

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...Tuhan sekalian alam....

Pagi ni ...aku berjaya memperbaharui passport maid aku yang akan tamat Jan 2014 dengan lancarnya (lega yang amat). Tak sesia satu hari cutiku terkorban.

Untuk rujukan sendiri di masa-masa akan datang (dan juga sesiapa yang berkenaan ) di bawah ini aku senaraikan keseluruhan proses yang berlaku (ini kes agak last minute, sila jangan tiru aksi ini yaa..better renew beberapa bulan awal...hehhhehee)


7.00 pagi  : aku dan maid mula berbaris di luar kedutaan Indonesia di Jalan Ampang - walaupun gate hanya akan dibuka pada jam 7.30 pagi. Perlu beratur dalam 2 barisan berasingan lelaki dan perempuan ya! Memandangkan nama majikan tertera namaku - so, bolehlah beratur sama-sama dengan maid dalam satu barisan.
(Nota : kalau berselipar jepun, sila balik rumah tukar kasut cantik sikit ye...atau pun beli je selipar baru kat situ gak - ada je yang buat bisnes kat tempat kita beratur reramai tu. Difahamkan, kalau tak sesia je pihak kedutaan akan halau balik kalau pakai selipar "cepit" a.k.a selipar jepun....)

7.30 pagi : Gate dibukak...semua dah boleh masuk pelan2...bila dah masuk, majikan akan diikatkan tag hijau kat tangan sementara maid pakai tag oren. Ala-ala masuk theme park gitu...pastu beratur lak amik form biru (application form).  Dalam form ni perlu diisi segala maklumat peribadi maid termasuk no telefon dan alamat di Indon serta maklumat majikan di Malaysia. Suruh je maid pegi beratur ambil nombor giliran dulu sementara majikan tolong isikan form biru tersebut.

8.00 pagi : Maid kena beratur pulak untuk ke kaunter ambil gambar. Kalau ruangan kaunter proses dah dibuka majikan bolehlah masuk dan tunggu kat dalam tu. Sambil-sambil tu isik la borang kontrak kerja yang 3 copy tu. Jangan lupa isi semua maklumat dan sain siap-siap borang tu. Kontrak kerja tu untuk 1 tahun dan kedutaan akan amik 1 copy, majikan 1 copy dan maid 1 copy. Kontrak kerja ini MANDATORI bila maid nak pulang bercuti ke Indon ye. Tanpa kontrak kerja nie diorang tak dapat nak buat KTKLN (macam kad pengesahan bekerja luar negara la). Dengar ceritanya ada yang kena denda sampai RM500 masa nak kembali ke Malaysia sebab KTKLN ni dah tamat tempoh!

8.30 pagi : Setel urusan maid yang amik gambar tu, diorang bolehlah masuk (bersama majikan) untuk tunggu kaunter proses pulak panggil nombor. Kaunter proses hanya dibuka jam 9.00 pagi so, lepak-lepak la dulu.

9.30 pagi : Nombor dipanggil - so kami ke kaunter 12 - serahkan semua salinan dokumen, borang kontrak (3 salinan) serta borang biru tadi. Bayaran RM18 (untuk 5 tahun) dibuat di kaunter yang sama. Kalau semua dokumen ada, sekejap je kat kaunter nie then proceed ke kaunter 31-32 (kontrak kerja).

9.45 pagi : Maid dipanggil masuk untuk diinterview (dalam kes aku, majikan tidak dipanggil - tapi ada jugak majikan yang kena masuk sama semasa interview). Lepas interview dalam lebih kurang 10 minit, boleh la beredar ke kaunter terakhir untuk ambil passport yang dah siap iaitu kaunter 27-29.

10.00 pagi : Menuju kaunter kutipan pasport yang terletak kat kawasan yang open. Takde aircond di sini ya....orang pun sangat la ramai. Jadi sabar aje la.....

12.30 tengahari : Passport pun siap ...alhamdulillah.....nama-nama pemegang passport yang dah siap akan dipanggil melalui pembesar suara mengikut kaunter yang telah ditentukan. Perlu ingatkan maid untuk minta salinan kontrak kerja tadi (in case orang kaunter terlepas pandang).

So, macam tu la lebih kurang prosesnya. Bagaimanapun, terima kasih banyak-banyak atas info-info yang banyak di internet yang sangat membantu terutamanya mrsakosan dan blog ini. Anda sangat-sangat membantu.


Langkah seterusnya, kena pergi imigresen untuk renew permit. Selepas dah renew permit, bolehlah bernafas lega...untuk setahun...hehehhehe..


Nota :

Masa yang dinyatakan adalah pengalaman yang kami alami sendiri, jadinya mungkin situasi orang lain akan berbeza tapi kronologinya tetap sama.

Saturday, 11 May 2013

Travelog Umrah : #1

Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah...
(...walaupun entri ini sangat lambat bersiaran dek kesibukan dengan macam2 urusan dunia yang lain..)

Dengan rezeki dan keizinan-Nya dapatlah aku menjejakkan kaki sekali lagi ke bumi Barakah Madina dan Makkah. Sujud syukur atas segala kurniaanMu Ya Allah...**di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan"...

Kunjungan kami kesana pada 22 Mac - 2 April 2013 berkebetulan dengan cuti sekolah (bagi Malaysia dan juga Arab Saudi) jadi jumlah pengunjung adalah lebih ramai berbanding biasa. Cuaca yang sangat panas dan kerja-kerja pembinaan bagi pembesaran Masjidil haram merupakan antara cabaran dan dugaan kepada jemaah.
 
Sebahagian koleksi kenangan semasa di sana

Madinah : payung besar dibuka selepas subuh..



Madinah : Pencari rezeki di hadapan masjid Nabawi



Mekah : 



Mekah : Deretan kedai yang menjadi tempat persinggahan jemaah






Ya Allah...jemputlah lagi kami ke sana..

Aminn....








Sunday, 10 February 2013

Klinik Pergigian Bangi




Sekadar berkongsi suatu pengalaman menarik...

Kepada yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang terutamanya bagi orang kebanyakan dan penjawat awam (seperti diriku...,huhuhu...) yang semestinya tidak mempunyai klinik panel silalah berkunjung ke Klinik Pergigian Bangi di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Fasiliti dan servis diberikan sangat "First Class" dan masa menunggu pun sangat pendek (in fact klinik swasta pun lagi lama kene menunggu rasanya..) . Aku ke sana pada awal Feb 2013 jam 8.10 pagi dan semua urusan termasuk pendaftaran dan jumpa doktor sampai selesai cuma mengambil masa hanya 30 MINIT!!...Macam tak percaya kan? ...dah le pantas....bayaran pun cuma RM3 ok...!! Mana nak dapat tu....



klinik-kesihatan-bandar-baru-bangi-dentist
sumber : http://bangiblog.my


Macamana nak kesana ye?
sangat senang.....
Kalau dari PKNS (PKNS sebelah kanan anda) terus je sampai jumpa roundabout yg nak menghala ke seksyen 7/8 tu. Amik kanan (pukul 3) dan drive terus sampai jumpa Petronas belah kiri. Lepas petronas tu terus masuk simpang kiri yang pertama. Klinik tu ada kat belah kanan jalan. Parking agak bermasalah...sila lah parking kat tepi2 jalan tu ye....

Kalau ikutkan waktu operasi die Isnin - Khamis pagi adalah untuk pesakit luar sementara petang khusus untuk kes temujanji. Tapi jangan risau, kalu setakat kes biasa nak tampal / cabut gigi macam aku aritu tak perlu temujanji...walk-in je...Untuk kanak-kanak pula hari jumaat sahaja ok...pun sama - pagi untuk pesakit luar dan petang untuk temujanji...


:-)

Tuesday, 13 November 2012

Tutorial Edit Gambar Menggunakan PicMonkey

Untuk kali ni aku nak share sedikit knowledge...
Cemana kita boleh edit gambar menggunakan free software tanpa perlu download/install software tersebut. Software yang biasa aku gunakan adalah picmonkey....
urlnya adalah http://picmonkey.com.

 
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :


1. Klik pada pilihan yang ada ( edit a photo/create a collage)
untuk tutorial nie, sila pilih "edit a photo" ....kalau nak buat collage kene tunggu next tutorial yer....


 
2. Pastu, option untuk pilih fail yang kita nak edit tu akan dipaparkan. Pilih fail tersebut (macam biasa la kan..). then, klik "open"




3. Jeng..jeng...jeng....inilah hasilnya
    Once imej dah terpapar - bolehlah kita edit gambar nie menggunakan segala2 tools yang ada kat window sebelah kiri skrin tu. Antara option yang ada :
  • Basic Edit - crop, rotate, exposure, colors, sharpen, resize
  • Effects - macam2 effects ada
  • Touch up - especially untuk edit edit wajah kasik cun gitu...
  • Text - untuk letakkan text/caption pada imej tersebut
  • Overlays - ada macam-macam2 overlays eg : butterflies/hats/shapes etc
  • Frames
  • Texture
  • Themes


4. Sebagai contoh, untuk kecilkan saiz imej tersebut :-
- Klik pada Basic Edit - Resize 
- Masukkan saiz yang dikehendaki ...seterusnya klik "apply"



5. Untuk tambahkan text pada imej tersebut :

- Klik pada Text - Add Text
- Masukkan text yang dikehendaki ...seterusnya klik "apply"


6. Finally, save file tersebut ke local pc anda dalam format yang anda suka (normally aku save as *.jpeg)

- Klik pada Save- Save File as...
- Done.....

Good Luck pada yang baru nak mencuba.....

Tuesday, 6 November 2012

Busy...

*********************************************************************************************************

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

*********************************************************************************************************
 Tetiba je aku rasa cam busy sangat...





Fuhh!!...hopefully sooner or later semua ini akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Aminnn...


Thursday, 18 October 2012

UV Protectant...

Aku jarang bertukar-tukar produk (meaning to say - aku nie jenis yang setia kot...hahahhaah!) . Sebagai contoh - pembersih muka brand "Axxx " yang aku pakai semenjak zaman persekolahan masih lagi setia disisiku. Walaupun ada cubaan beralih arah, tapi sudahnya kembali jugak pada brand yang satu nie. Sebabnya ....harga yang murah (of course...) dan yang paling penting tak menjejaskan struktur dan komposisi wajahku (apa punya istilah daaa..heheheh..) mukaku ini.

Sekarang nie, aku baru je mencuba satu produk nie....


Ini adalah sebenarnya sejenis produk yang berfungsi untuk melindungi wajah kita dek panahan terik mentari ye..... Nama saintifinya UV Protectant (hopefully aku tak silap fakta). Kalau tak caya tengok tu...SPF 50 tu...perghh!.. Benda nie boleh dipakai pada step yang keempat dimana :-
  • step 1 : pembersih
  • step 2 : penyegar
  • step 3 : pelembap
  • step 4 : uv protectant cum make up base
 Walaupun baru je dalam 2 minggu mencuba aku rasa macam ada keserasian (fewiittt...). Faktor dan sebab-sebabnya mestilah sama seperti di atas ya...Cuma tak berapa nak ingat dengan jelas berapa harganya tapi yang pasti below RM50 (kedekut tak hengat kan..?)