Thursday, 24 November 2011

Sahabat...

Aku ada seorang sahabat...dirinya sungguh istimewa, dia antara sebahagian daripada sahabat yang sentiasa ada di sisi di saat aku memerlukan...dia pernah memberi dorongan dan menjadi tempat aku meluahkan kepedihan yang membelenggu diri suatu ketika dulu....

Walau dirinya pernah suatu ketika bergelut dengan penyakit yang menjadi ketakutan setiap insan tapi dia dapat mengharunginya dengan tabah!...Alhamdulillah...kuatnya semangat beliau menempuhinya...aku yakin calang-calang orang pasti akan patah semangat....dan ini juga menjadi salah satu dorongan buat diriku walau situasi kami adalah berbeza....Padanya, hanya Allah tempat setiap insan bergantung harap.

Perkembangan terkini, hidupnya semakin bahagia dan ceria....rezeki melimpah ruah...Alhamdulillah..itulah ganjaran orang-orang yang sentiasa berserah padaNya..

Sahabat..Terima kasih....dan doakan aku untuk mengikut jejak langkahmu (walaupun aku kira kau tidak akan membaca entri ini).....

Sunday, 20 November 2011

Bila Diri Disayangi...lirik

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

(ulang korus)

keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

p.s : Baru perasan lirik lagu yang berunsurkan keinsafan dan ketuhan nie.... selama ni ingatkan lagu cintan-cintun sesama insan....

Wednesday, 9 November 2011

pelangi....

************************************************************************* 


“Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..”


*************************************************************************

Wednesday, 2 November 2011

KetentuanNya....

Setiap hari kita berdoa...

Kita memohon padaNya....merintih padaNya...mengharap padaNya
menyenaraikan segala impian dan harapan dalam diri kita
tapi..kadangkala apa yang kita minta tidak juga kita perolehi
kita beranggapan...DIA tidak mendengar permintaan kita...

Namun....seharusnya kita sedar
apa jua yang kita minta...mungkin bukan yang terbaik ...
apa jua yang kita mohon....mungkin sebenarnya tidak perlu......
DIA telah merencanakan sesuatu yang sebenarnya lebih baik untuk kita...
kita harus redha...

Sunday, 23 October 2011

Larangan Berburuk Sangka

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
 
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Shahih Muslim No.4646)


p.s : Sabarlah hati....sesungguhnya DIA maha mengetahui atas segala sesuatu di langit & di bumi

Friday, 7 October 2011

Kepuasan diri...

Hari nie satu kepuasan yang tidak terhingga...dapat membantu orang yang sangat-sangat memerlukan....tidak terdetik sesekali untuk mengharapkan sebarang ganjaran...

Alhamdulillah...semoga 'hamba Allah' yang dibantu tersebut berjaya untuk meraih apa yang diusahakannya itu...

p.s : selagi mampu, cubalah untuk menggembirakan orang lain

Thursday, 29 September 2011

Menangani Kemarahan..

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?
 
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah  cara yang paling terbaik dan berkesan.

Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia  bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?

Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina.

Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?

Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah.

Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti   
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah dengan:
        o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
        o Membina daya ketahanan diri terhadap stres
Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan cetusan kemarahan

p.s :
Entri nie bukan bermaksud aku sekarang tengah marah....tapi, adakalanya memang perasaan "indah" nie wujud dalam diri aku.....
sumber : infosihat.com