Sunday, 8 January 2012

Budi Bahasa....

sedapnyerr....

Aku merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang agak "kurang menarik" dialami minggu lepas. kehadiran kami di salah sebuah restoran francais nie adalah semata-mata nak merasai keenakan menu (terutamanya keknya yang memang terkenal dengan kelazatan dan kegebuan).

Tapi malangnya....selera kami yang berkobar-kobar tetiba merudum disebabkan servis yang diberikan oleh stafnya yang "di bawah par"....maksud aku - dah la kedai nie (cawangan Bangi) bersaiz kecik - ditambah plak dengan lenggang kangkong staffnya untuk letakkan menu kat meja kami...pastu ditambah dengan muka yang tak reti nak senyum! Aku pasti, kalau report kat management sure kantoi diorang nie..Berbudi bahasa la sikit kot iye pun kan....


Then, lepas amik oder kene tunggu berjam pulak!...alahai...nasib baik sabar tu masih ada lagik separuh! Dah dapat order tu..nasib baik sedap - kalu tak sure tinggal macam tu jer...

Finally masa nak bayar - cashier pun sama gak... tarik muka 14 (korang tau tak muka 14 nie cemane?).....macam le kami ni tak dek duit nk bayar! Kami pakai Gold card ok!...(walaupun bukan aku punye kad pun...hehheheh!)


Moral : memang bukan rahsia lagi...S****t R***p* punye outlet kat Bangi nie kene pangkah ler nie kalu utk dine-in....

Sunday, 1 January 2012

Azam 2012...

Diam tak diam....2011 dah berlalu...2012 muncul....suka atau tidak - kena hadapinya ....

Semua orang sibuk berazam...tak terkecuali aku......

1. Most important......
# Nak setelkan outstanding -> pastu terminate kad2 kredit yang ada....(at least dapat satu pon dah cukup baik..uwaaa!!)
# Carik side- income...sebab nak tambah saving
#Tambahkan amalan & banyakkan bersedekah - untuk bekalan akhirat.....

2. Target Lain...(yang nie adalah diluar kawalan ...)
# Nak further study ..... harap-harap permohonan biasiswa tahun nie berjaya laa....

3. Others....
#Biar lah rahsia....hehehhe

p.s : Perlu ke setiap kali tahun berubah- azam kita pun bertukar?




Monday, 26 December 2011

Boss..oh...boss!

Lokasi : bilik mesyuarat
Masa   : 2-3 minit sebelum mesyuarat bermula
Watak  : aku, bos1, bos2 dan beberapa orang rakan ofis


Boss 1 :  "mana urusetia??..sapa sini urusetia??" (volume ala-ala nak satu bilik mesyuarat leh dengar...)

.....lepas pandang kiri...pandang kanan...bos kecik aku takde - aku pon datang le depan die..

Boss 1 : "Apasal I nak kene tulih nama I?" (selepas di translate ke bahase melayu..maklum ler bos-bos nie seme dah tak reti cakap Melayu kot!)

aku : "kenapa puan?"...(dengan muka yang blur dan konpius)

Boss 1 : "I tanya u....apasal i kene tulis nama I ?"

....still...aku tak paham maksud die....aku kah yang blur??

Boss 2 : "maksud Pn xxx - lain kali taip nama siap-siap...kehadiran mesyuarat kan tetap . Ahli tak berubah.." (dengan nada penuh informatif...)

aku : (ooo....itu je ker masalahnyer...)..."OK..next mesyuarat saya printout siap-siap"....(mahal sangat gamaknye dakwat pen kerajaan die tu..grrrr)



Moral : seme orang boleh jadi boss, tapi tak semua orang boleh jadik pemimpin..

Monday, 12 December 2011

10++ minit di Imigresen....

Sempena cuti keputeraan Sultan Selangor pada 12.12.2011 (semalam) aku ambil peluang untuk memperbaharui pas lawatan kerja (a.k.a renew tempoh) bibik aku...dan percaya atau tidak...masa yang aku ambil cuma sekitar 10 minit!! 

Amazing...hehhehhee...!! Syabas Jabatan Imigresen dan jabatan kerajaan umumnya....

Kronologinya seperti di bawah ni yer..

12.10 : Tiba di Imigresen Putrajaya (dapat parking staff tuu...thanks to kak Ida..:-O...)

12.12  : di kaunter pertanyaan..."puan terus ke kaunter 5 yer..tak perlu amik nombor. Yess!!

12.13  : di kaunter no 5 - kaunter proses (3 minit je kat sini...).."Lepas ni puan pegi kaunter bayaran & bayar RM495.00 yer...dah bayar nanti terus ke kaunter 10"

12.15  : di kauter bayaran...untuk makluman - sekarang nie kat Imigresen Putrajaya dah boleh terima cash ye. Tahun lepas still kene buat bank draft lagik.. Ada improvement di situ...tapi yang tak best tu bayaran tahun ni dah naik ler. Kalau tahun lepas RM445 jer tapi tahun nie dah jadik Rm495...errmmmm...!

12.20   : ke kaunter 10...tunjuk resit bayaran...then tunggu diorang panggil nombor.

12.23   : nombor dipanggil...dan urusan SELESAI....Alhamdulillah.

p.s : senangnya dalam hati....:-)

Sunday, 11 December 2011

Penangan Ombak Rindu....

Besar betul kuasa promosi media massa...

Saban hari membaca dan mendengar khabar mengenai yang sambutan mengalakkan terhadap filem Ombak Rindu.....maka dengan confidentnya aku melangkahkan kaki ke TGV Cheras Selatan. Dah lama benar rasanya aku tidak menjejakkan kakiku ke panggung wayang nie, tapi dek kerana aku pernah (suatu ketika dulu) menjadi peminat nombor satu novel-novel keluaran Alaf 21....akhirnya misi aku kali nie berjaya jugak..hehhhe..!!

Dan inilah buktinya...


Well, secara keseluruhan cerita ini tidak mengecewakan...dan pelaburan RM13 tiket aku tu kiranya tidak membazir le.....Cuma komen peribadi aku, kesan penceritaannya tidak mendalam sebagaimana kita membaca novel asalnya...sorry ye En Osman Ali...:-)

Apa pun....ini adalah antara filem melayu yang "boleh" ditonton....

p.s : Aku suka Bront Palarae dalam cite ini...wataknya sangat terkesan..
 

Thursday, 24 November 2011

Sahabat...

Aku ada seorang sahabat...dirinya sungguh istimewa, dia antara sebahagian daripada sahabat yang sentiasa ada di sisi di saat aku memerlukan...dia pernah memberi dorongan dan menjadi tempat aku meluahkan kepedihan yang membelenggu diri suatu ketika dulu....

Walau dirinya pernah suatu ketika bergelut dengan penyakit yang menjadi ketakutan setiap insan tapi dia dapat mengharunginya dengan tabah!...Alhamdulillah...kuatnya semangat beliau menempuhinya...aku yakin calang-calang orang pasti akan patah semangat....dan ini juga menjadi salah satu dorongan buat diriku walau situasi kami adalah berbeza....Padanya, hanya Allah tempat setiap insan bergantung harap.

Perkembangan terkini, hidupnya semakin bahagia dan ceria....rezeki melimpah ruah...Alhamdulillah..itulah ganjaran orang-orang yang sentiasa berserah padaNya..

Sahabat..Terima kasih....dan doakan aku untuk mengikut jejak langkahmu (walaupun aku kira kau tidak akan membaca entri ini).....

Sunday, 20 November 2011

Bila Diri Disayangi...lirik

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

(ulang korus)

keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

p.s : Baru perasan lirik lagu yang berunsurkan keinsafan dan ketuhan nie.... selama ni ingatkan lagu cintan-cintun sesama insan....