Tuesday, 17 April 2012

Permudahkanlah....

Ya Allah ya Tuhanku....

Permudahkanlah segala urusanku...
Mudahkanlah Jalanku....
Limpahkanlah Rezekiku...
Tambahkanlah Rahmat-Mu...

Amin....

Monday, 19 March 2012

Apendiks

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.


Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.


SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI


  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.
  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN


PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.


sumber :  
www.mayoclinic.com
http://klinikmansurah.blogspot.com
 

Thursday, 9 February 2012

Bekerjalah seadanya....

Bagi sesetengah orang..kerja adalah segalanya...dari pagi sampai malam asyik fikir pasal kerja. Tapi tidak bagi aku...tuntutan kerja sepatutnya bermula sebaik kaki melangkah masuk ke bangunan pejabat dan berakhir sebaik sahaja punchout waktu petang! melangkah keluar je dari pintu pejabat...bermaksud meninggalkan segala tugasan seharian di belakang...

Tapi..di ofis aku sekarang...apa yang aku perhatikan...budayanya agak berbeza. Senario mesyuarat selepas jam 5.30 dianggap biasa! Ada masanya boleh mencecah ke jam 1.00 pagi...woww!! hebat kan??

Kerja ..kerja jugak....tapi keluarga pun memerlukan kita....seharian meninggalkan yang tersayang di rumah...macamana nak ganti balik masa yang kita dah tertinggal tu?

Bekerjalah seadanya....

peace...:)

Sunday, 8 January 2012

Budi Bahasa....

sedapnyerr....

Aku merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang agak "kurang menarik" dialami minggu lepas. kehadiran kami di salah sebuah restoran francais nie adalah semata-mata nak merasai keenakan menu (terutamanya keknya yang memang terkenal dengan kelazatan dan kegebuan).

Tapi malangnya....selera kami yang berkobar-kobar tetiba merudum disebabkan servis yang diberikan oleh stafnya yang "di bawah par"....maksud aku - dah la kedai nie (cawangan Bangi) bersaiz kecik - ditambah plak dengan lenggang kangkong staffnya untuk letakkan menu kat meja kami...pastu ditambah dengan muka yang tak reti nak senyum! Aku pasti, kalau report kat management sure kantoi diorang nie..Berbudi bahasa la sikit kot iye pun kan....


Then, lepas amik oder kene tunggu berjam pulak!...alahai...nasib baik sabar tu masih ada lagik separuh! Dah dapat order tu..nasib baik sedap - kalu tak sure tinggal macam tu jer...

Finally masa nak bayar - cashier pun sama gak... tarik muka 14 (korang tau tak muka 14 nie cemane?).....macam le kami ni tak dek duit nk bayar! Kami pakai Gold card ok!...(walaupun bukan aku punye kad pun...hehheheh!)


Moral : memang bukan rahsia lagi...S****t R***p* punye outlet kat Bangi nie kene pangkah ler nie kalu utk dine-in....

Sunday, 1 January 2012

Azam 2012...

Diam tak diam....2011 dah berlalu...2012 muncul....suka atau tidak - kena hadapinya ....

Semua orang sibuk berazam...tak terkecuali aku......

1. Most important......
# Nak setelkan outstanding -> pastu terminate kad2 kredit yang ada....(at least dapat satu pon dah cukup baik..uwaaa!!)
# Carik side- income...sebab nak tambah saving
#Tambahkan amalan & banyakkan bersedekah - untuk bekalan akhirat.....

2. Target Lain...(yang nie adalah diluar kawalan ...)
# Nak further study ..... harap-harap permohonan biasiswa tahun nie berjaya laa....

3. Others....
#Biar lah rahsia....hehehhe

p.s : Perlu ke setiap kali tahun berubah- azam kita pun bertukar?




Monday, 26 December 2011

Boss..oh...boss!

Lokasi : bilik mesyuarat
Masa   : 2-3 minit sebelum mesyuarat bermula
Watak  : aku, bos1, bos2 dan beberapa orang rakan ofis


Boss 1 :  "mana urusetia??..sapa sini urusetia??" (volume ala-ala nak satu bilik mesyuarat leh dengar...)

.....lepas pandang kiri...pandang kanan...bos kecik aku takde - aku pon datang le depan die..

Boss 1 : "Apasal I nak kene tulih nama I?" (selepas di translate ke bahase melayu..maklum ler bos-bos nie seme dah tak reti cakap Melayu kot!)

aku : "kenapa puan?"...(dengan muka yang blur dan konpius)

Boss 1 : "I tanya u....apasal i kene tulis nama I ?"

....still...aku tak paham maksud die....aku kah yang blur??

Boss 2 : "maksud Pn xxx - lain kali taip nama siap-siap...kehadiran mesyuarat kan tetap . Ahli tak berubah.." (dengan nada penuh informatif...)

aku : (ooo....itu je ker masalahnyer...)..."OK..next mesyuarat saya printout siap-siap"....(mahal sangat gamaknye dakwat pen kerajaan die tu..grrrr)



Moral : seme orang boleh jadi boss, tapi tak semua orang boleh jadik pemimpin..

Monday, 12 December 2011

10++ minit di Imigresen....

Sempena cuti keputeraan Sultan Selangor pada 12.12.2011 (semalam) aku ambil peluang untuk memperbaharui pas lawatan kerja (a.k.a renew tempoh) bibik aku...dan percaya atau tidak...masa yang aku ambil cuma sekitar 10 minit!! 

Amazing...hehhehhee...!! Syabas Jabatan Imigresen dan jabatan kerajaan umumnya....

Kronologinya seperti di bawah ni yer..

12.10 : Tiba di Imigresen Putrajaya (dapat parking staff tuu...thanks to kak Ida..:-O...)

12.12  : di kaunter pertanyaan..."puan terus ke kaunter 5 yer..tak perlu amik nombor. Yess!!

12.13  : di kaunter no 5 - kaunter proses (3 minit je kat sini...).."Lepas ni puan pegi kaunter bayaran & bayar RM495.00 yer...dah bayar nanti terus ke kaunter 10"

12.15  : di kauter bayaran...untuk makluman - sekarang nie kat Imigresen Putrajaya dah boleh terima cash ye. Tahun lepas still kene buat bank draft lagik.. Ada improvement di situ...tapi yang tak best tu bayaran tahun ni dah naik ler. Kalau tahun lepas RM445 jer tapi tahun nie dah jadik Rm495...errmmmm...!

12.20   : ke kaunter 10...tunjuk resit bayaran...then tunggu diorang panggil nombor.

12.23   : nombor dipanggil...dan urusan SELESAI....Alhamdulillah.

p.s : senangnya dalam hati....:-)