Thursday, 9 August 2012

Doa buat Ibu Bapa

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.


*********************************************************************************


Mendoakan ibu bapa merupakan kewajipan setiap anak-anak...

Dalam kesibukan harian, adakalanya kita teralpa...kita lebih mementingkan kehidupan sendiri. Pernahkah sejenak kita fikir-fikirkan kehidupan kita di hujung usia nanti??

Subhanallah....mudah-mudahan tuhan sentiasa melindungi kita dan ibu bapa di dunia dan di akhirat nanti.


Hero....

Sunday, 22 July 2012

Ramadan al-Mubarak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: 

"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan datang lagi....
Bersama-samalah kita mempertingkatkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini..

 
Mudah-mudahan amalan kita diterimaNya..aminnn...

Tuesday, 10 July 2012

Anak Yatim....

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

*************(surah al-Ma`uun ayat 1-3)****************


Alhamdulillah....syukur atas segala nikmat yang kita kecapi dalam kehidupan ini....

Tersentuh hati ini melihat anak2 kecil yang menghuni sebuah rumah anak yatim di Bandar baru bangi iaitu Rumah al-Kauthsar. 17 anak-anak sedari umur 5 hingga 14 tahun menghuni di rumah ini 

Rumah al-Kauthsar

 Antara aktiviti dianjurkan bersama anak-anak yang ada di sini...



Monday, 11 June 2012

Jalan2 ke Kenanga Wholesale City

Nak share sikit pengalaman gi melawat kenanga wholesale city yang lebih glamer as kwc...

Aku pernah ke tempat nie dulu, awal 2011 kalau tak silap...tapi masa tu kitorang dok tawaf shoplot yang berderet-deret tu sampai naik lenguh kaki ni. Tapi sekarang kedai-kedai nie seme dah tutop....tak caya tengok gamba nie...

kedai dah banyak tutop....
 

...dan digantikan dengan kompleks baru yang moden dan mewah..dan yang paling penting - selesa!. Parking pun senang dah sekarang...(tapi aku pegi naik lrt je sebab nak tengok2 dulu). So, lepas nie boleh la drive ke sini...


Untuk yang tak berapa rajin nak drive, boleh je naik lrt dan turun di stesen Hang Tuah. pastu jalan kaki ikut celah-celah flat dan shoplot yang betul-betul bersebelahan stesen LRT tu.
nun...di depan sanalah tersergam KWC yang baru....



Dan...suasana di dalam sangat meriah....kalau tak silap ada 8 floor yang menempatkan pelbagai kedai/outlet yang menjual barangan pada harga borong dan runcit..

antara deretan kedai ...

Kat sini,kita boleh dapatkan pelbagai barangan especially pakaian wanita dan kanak-kanak dengan harga yang sangat murah!...tetapi kene beli borong at least 3 atau 6 helai. Bergantung pada kedai la....aku dah aim dah 2-3 kedai yang agak memberangsangkan..hehehehee



Thursday, 31 May 2012

Supplement.....oh...supplement

Aku memang tak suka makan ubat......apatah lagi kalau ubat tu dalam bentuk kapsul yang saiz ala-ala sebesar jari kelingking tu...nak kena inject tu takyah citer laa.. Agaknya sebab itulah tuhan jarang turunkan penyakit kat aku nie..Alhamdulillah....

Tapi itu cerita dulu..masa tu masih muda remaja, badan pun masih kuat.....Since umur aku pun dah hampir mencecah "4 series" nie (hehhehehe....aku suka guna term nie) barulah rasa keperluan adanya supplement-suplement tambahan untuk badan nie. Al maklum ler - urat-urat dan otot semua dah start longgar, kejap2 sakit sana ...kejap2 lenguh sini...

Selama ni aku cuma dok amik benda nie je...


Tapi lately ada sorang kawan yg rajin dok promote benda nie kat fb die....aku teruja la untuk mencuba...



Hasilnya? 
Well...not bad laa......tapi kene rajin dan disiplin la...yang penting bagi aku senang nak makan & takde bau2 yang kurang menyenangkan hidunga/meloyakan tekak! hahahahha.....

p.s : jaga kesihatan anda ....

Thursday, 17 May 2012

Go Kelate Go..FA 2012

All The Best Tahniah buat team Kelate yang akan telah turun menentang Sime Darby  sabtu ini 19 Mei 2012.
Mudah-mudahan piala ini akan berjaya dijulang....go kelate go !!
(Dah berjaya menjulang piala berprestij ini...sangat bangga beb!)

ps : credit to http://kelantanfa.com
Selamat berjuang untuk seluruh team...dan buat peminat-peminat sekalian - tunjukkan sokongan padu okes...!

Tuesday, 17 April 2012

Permudahkanlah....

Ya Allah ya Tuhanku....

Permudahkanlah segala urusanku...
Mudahkanlah Jalanku....
Limpahkanlah Rezekiku...
Tambahkanlah Rahmat-Mu...

Amin....