Monday, 1 February 2016

Resipi Karipap Sardin

Subhanallah....lamanya tak bersiaran....sibuk dengan segala urusan dunia yang tak berkesudahan. Apapun, dikongsikan resipi karipap favourite kami.
(credit to Azie Kitchen)

Bahan-bahan :
  • 1 kg tepung gandum
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 cawan minyak masak 
  • 400 ml air + 1 sudu besar garam


Cara Menyediakan Pastri/Kulit:

-Gaulkan tepung bersama majerin dan minyak masak. Boleh gunakan kaedah 1 atau 2. Terpulang.



  • Kaedah 1 :

Panaskan majerin bersama minyak masak sehingga majerin cair dan minyak betul-betul panas. Tuangkan kedalam adunan tepung gandum dan gaul rata. 


  • Kaedah 2 :

Gaul tepung bersama majerin terlebih dahulu dan kemudian barulah dimasukkan minyak yang telah dipanaskan.



-Bila telah suam, uli sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.

- Rehatkan doh selama 30 minit - 1 jam dalam peti sejuk. Setelah itu, canai doh dan bentukkan karipap.

Bahan Inti :
2 tin sardin - sederhana
4 biji kentang (potong dadu)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji cili merah - hiris halus
2 sudu besar cili kisar (atau sesedap rasa)
garam
perahan limau nipis

Cara-cara :
- Asingkan ikan sardin dari sosnya dan hancurkan menggunakan garfu.
-Tumis cili kisar sehingga garing kemudian masukkan sardin, bawang besar dan kentang.
- Masukkan garam dan air limau dan rasakan. Tabur cili potong...dah siap!!



**sumber :http://www.saaid.org.my/

Wednesday, 16 July 2014

Resipi Biskut Cornflake Oren

Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung naik sendiri
  • 100 gam tepung jagung
  • 100 gam cornflake di kisar kasar
  • 125 gm mentega/marjerin
  • 100 gam gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 camt parutan limau oren
  • 1 camt vanilla


Cara Membuat :

Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung.
Campurkan cornflakes.
Gaul rata dan ketepikan.
Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur, esen vanilla serta kulit oren.
Gaulkan mentega dengan campuran tepung dan cornflakes tadi.
Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut acuan kegemaran anda.
Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut.
Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180 darjah celcius.
Sejukkan di atas redai kuih.
Apabila telah benar-benar sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair.
Taburkan sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap udara.
 

**sumber :http://www.saaid.org.my/

Saturday, 8 March 2014

Food Deliveries

Pernah tak korang mengalami situasi ini??

"Banyaknya benda nak kene setel....boss plak kasik kerja last minute. Breakfast pun tak sempat tadi. Sure lunch nanti pun tak de masa nak keluar"....

Mesti pernah punyaaa...kan?

Kat sini ada satu idea (aku jumpa benda ni masa hadapi situasi kat atas tu la...hehehhe)
Menggunakan apa saja teknologi yang ada di zaman digital ini dengan pantasnya tangan ini meng"google" . Ada ke services online untuk food delivery selain fast food?... Tetiba jumpe site nie "Room Service - Leading Food Delivery Service"....hurmmmm sounds good! boleh dipertimbangkan jugak niee...services ni katanya available di Malaysia, Singapore dan indonesia (wow...not bad)

Kita boleh memilih jenis makanan yang disukai daripada pelbagai kategori antaranya Italian, Thai, Malay, Western dan macam-macam lagi. Tempoh penghantaran dinyatakan adalah dalam 60 minit. 


ni contoh carian "malay food"



p.s : semuanya di hujung jari jer....:-)

Friday, 7 March 2014

Pembaharuan Lesen Memandu

Memandangkan roadtax kereta dan lesen aku dah hampir tamat, dengan gigihnya terpaksa aku melangkah ke JPJ Cawangan Bangi pada minggu lepas. Ramainya orang ya ampunn...walaupun masih awal pagi semasa aku mengambil nombor giliran, tapi dah ada 33 orang sebelum tiba giliran aku!Sabarlah wahai hati...

Selepas lebih sejam menunggu (dan berjaya melepasi beberapa level candy crush..hohoho..!!) akhirnya tiba giliran aku. So....inilah hasilnya lesen memandu aku yang baru ....sangat teruja.....:-)




Dari info yang aku terima daripada seorang sahabat, ada 3 cara untuk memperbaharui lesen memandu :-

1. Bawak gambar sendiri ukuran lesen (background putih) - ambik di kedai gambar, semestinya ada kos; atau
2. Ambik gambar terus kat JPJ - tiada kos  (tapi di JPJ Bangi tiada perkhidmatan ini); atau
3. Bagitau kakitangan kaunter untuk gunakan gambar dalam sistem (gambar MyKad) - inilah yang aku buat - juga tanpa kos.

Kadar bayaran untuk setahun adalah RM30 dan akan tamat berdasarkan tarikh lahir kita. So, 2016 pulak aku kena renew lesen....


Wednesday, 5 March 2014

Ebook : Pakej Lengkap Bun dan Pizza

Cuba tengok gambar-gambar nie...teruja tak??hehehheeh...





                                                (pic : google)

Sangat mengujakan bukan......semua orang boleh hasilkan sendiri bun dan pizza yang lazat..lagi meleleh ni. Cara-caranga ada kat sini ye....

Aku pun dah selamat beli ebook ni dan insya allah kalau dah berjaya bereksperimen nanti akan berkongsi hasilnya....tungguuuuuu!!!


Tuesday, 19 November 2013

Pembaharuan Passport Pembantu Rumah

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...Tuhan sekalian alam....

Pagi ni ...aku berjaya memperbaharui passport maid aku yang akan tamat Jan 2014 dengan lancarnya (lega yang amat). Tak sesia satu hari cutiku terkorban.

Untuk rujukan sendiri di masa-masa akan datang (dan juga sesiapa yang berkenaan ) di bawah ini aku senaraikan keseluruhan proses yang berlaku (ini kes agak last minute, sila jangan tiru aksi ini yaa..better renew beberapa bulan awal...hehhhehee)


7.00 pagi  : aku dan maid mula berbaris di luar kedutaan Indonesia di Jalan Ampang - walaupun gate hanya akan dibuka pada jam 7.30 pagi. Perlu beratur dalam 2 barisan berasingan lelaki dan perempuan ya! Memandangkan nama majikan tertera namaku - so, bolehlah beratur sama-sama dengan maid dalam satu barisan.
(Nota : kalau berselipar jepun, sila balik rumah tukar kasut cantik sikit ye...atau pun beli je selipar baru kat situ gak - ada je yang buat bisnes kat tempat kita beratur reramai tu. Difahamkan, kalau tak sesia je pihak kedutaan akan halau balik kalau pakai selipar "cepit" a.k.a selipar jepun....)

7.30 pagi : Gate dibukak...semua dah boleh masuk pelan2...bila dah masuk, majikan akan diikatkan tag hijau kat tangan sementara maid pakai tag oren. Ala-ala masuk theme park gitu...pastu beratur lak amik form biru (application form).  Dalam form ni perlu diisi segala maklumat peribadi maid termasuk no telefon dan alamat di Indon serta maklumat majikan di Malaysia. Suruh je maid pegi beratur ambil nombor giliran dulu sementara majikan tolong isikan form biru tersebut.

8.00 pagi : Maid kena beratur pulak untuk ke kaunter ambil gambar. Kalau ruangan kaunter proses dah dibuka majikan bolehlah masuk dan tunggu kat dalam tu. Sambil-sambil tu isik la borang kontrak kerja yang 3 copy tu. Jangan lupa isi semua maklumat dan sain siap-siap borang tu. Kontrak kerja tu untuk 1 tahun dan kedutaan akan amik 1 copy, majikan 1 copy dan maid 1 copy. Kontrak kerja ini MANDATORI bila maid nak pulang bercuti ke Indon ye. Tanpa kontrak kerja nie diorang tak dapat nak buat KTKLN (macam kad pengesahan bekerja luar negara la). Dengar ceritanya ada yang kena denda sampai RM500 masa nak kembali ke Malaysia sebab KTKLN ni dah tamat tempoh!

8.30 pagi : Setel urusan maid yang amik gambar tu, diorang bolehlah masuk (bersama majikan) untuk tunggu kaunter proses pulak panggil nombor. Kaunter proses hanya dibuka jam 9.00 pagi so, lepak-lepak la dulu.

9.30 pagi : Nombor dipanggil - so kami ke kaunter 12 - serahkan semua salinan dokumen, borang kontrak (3 salinan) serta borang biru tadi. Bayaran RM18 (untuk 5 tahun) dibuat di kaunter yang sama. Kalau semua dokumen ada, sekejap je kat kaunter nie then proceed ke kaunter 31-32 (kontrak kerja).

9.45 pagi : Maid dipanggil masuk untuk diinterview (dalam kes aku, majikan tidak dipanggil - tapi ada jugak majikan yang kena masuk sama semasa interview). Lepas interview dalam lebih kurang 10 minit, boleh la beredar ke kaunter terakhir untuk ambil passport yang dah siap iaitu kaunter 27-29.

10.00 pagi : Menuju kaunter kutipan pasport yang terletak kat kawasan yang open. Takde aircond di sini ya....orang pun sangat la ramai. Jadi sabar aje la.....

12.30 tengahari : Passport pun siap ...alhamdulillah.....nama-nama pemegang passport yang dah siap akan dipanggil melalui pembesar suara mengikut kaunter yang telah ditentukan. Perlu ingatkan maid untuk minta salinan kontrak kerja tadi (in case orang kaunter terlepas pandang).

So, macam tu la lebih kurang prosesnya. Bagaimanapun, terima kasih banyak-banyak atas info-info yang banyak di internet yang sangat membantu terutamanya mrsakosan dan blog ini. Anda sangat-sangat membantu.


Langkah seterusnya, kena pergi imigresen untuk renew permit. Selepas dah renew permit, bolehlah bernafas lega...untuk setahun...hehehhehe..


Nota :

Masa yang dinyatakan adalah pengalaman yang kami alami sendiri, jadinya mungkin situasi orang lain akan berbeza tapi kronologinya tetap sama.

Saturday, 11 May 2013

Travelog Umrah : #1

Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah...
(...walaupun entri ini sangat lambat bersiaran dek kesibukan dengan macam2 urusan dunia yang lain..)

Dengan rezeki dan keizinan-Nya dapatlah aku menjejakkan kaki sekali lagi ke bumi Barakah Madina dan Makkah. Sujud syukur atas segala kurniaanMu Ya Allah...**di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan"...

Kunjungan kami kesana pada 22 Mac - 2 April 2013 berkebetulan dengan cuti sekolah (bagi Malaysia dan juga Arab Saudi) jadi jumlah pengunjung adalah lebih ramai berbanding biasa. Cuaca yang sangat panas dan kerja-kerja pembinaan bagi pembesaran Masjidil haram merupakan antara cabaran dan dugaan kepada jemaah.
 
Sebahagian koleksi kenangan semasa di sana

Madinah : payung besar dibuka selepas subuh..



Madinah : Pencari rezeki di hadapan masjid Nabawi



Mekah : 



Mekah : Deretan kedai yang menjadi tempat persinggahan jemaah






Ya Allah...jemputlah lagi kami ke sana..

Aminn....