Friday, 7 March 2014

Pembaharuan Lesen Memandu

Memandangkan roadtax kereta dan lesen aku dah hampir tamat, dengan gigihnya terpaksa aku melangkah ke JPJ Cawangan Bangi pada minggu lepas. Ramainya orang ya ampunn...walaupun masih awal pagi semasa aku mengambil nombor giliran, tapi dah ada 33 orang sebelum tiba giliran aku!Sabarlah wahai hati...

Selepas lebih sejam menunggu (dan berjaya melepasi beberapa level candy crush..hohoho..!!) akhirnya tiba giliran aku. So....inilah hasilnya lesen memandu aku yang baru ....sangat teruja.....:-)




Dari info yang aku terima daripada seorang sahabat, ada 3 cara untuk memperbaharui lesen memandu :-

1. Bawak gambar sendiri ukuran lesen (background putih) - ambik di kedai gambar, semestinya ada kos; atau
2. Ambik gambar terus kat JPJ - tiada kos  (tapi di JPJ Bangi tiada perkhidmatan ini); atau
3. Bagitau kakitangan kaunter untuk gunakan gambar dalam sistem (gambar MyKad) - inilah yang aku buat - juga tanpa kos.

Kadar bayaran untuk setahun adalah RM30 dan akan tamat berdasarkan tarikh lahir kita. So, 2016 pulak aku kena renew lesen....


0 comments: