Thursday, 29 September 2011

Menangani Kemarahan..

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?
 
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah  cara yang paling terbaik dan berkesan.

Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia  bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?

Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina.

Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?

Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah.

Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti   
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah dengan:
        o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
        o Membina daya ketahanan diri terhadap stres
Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan cetusan kemarahan

p.s :
Entri nie bukan bermaksud aku sekarang tengah marah....tapi, adakalanya memang perasaan "indah" nie wujud dalam diri aku.....
sumber : infosihat.com

0 comments: