Tuesday, 13 November 2012

Tutorial Edit Gambar Menggunakan PicMonkey

Untuk kali ni aku nak share sedikit knowledge...
Cemana kita boleh edit gambar menggunakan free software tanpa perlu download/install software tersebut. Software yang biasa aku gunakan adalah picmonkey....
urlnya adalah http://picmonkey.com.

 
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :


1. Klik pada pilihan yang ada ( edit a photo/create a collage)
untuk tutorial nie, sila pilih "edit a photo" ....kalau nak buat collage kene tunggu next tutorial yer....


 
2. Pastu, option untuk pilih fail yang kita nak edit tu akan dipaparkan. Pilih fail tersebut (macam biasa la kan..). then, klik "open"




3. Jeng..jeng...jeng....inilah hasilnya
    Once imej dah terpapar - bolehlah kita edit gambar nie menggunakan segala2 tools yang ada kat window sebelah kiri skrin tu. Antara option yang ada :
  • Basic Edit - crop, rotate, exposure, colors, sharpen, resize
  • Effects - macam2 effects ada
  • Touch up - especially untuk edit edit wajah kasik cun gitu...
  • Text - untuk letakkan text/caption pada imej tersebut
  • Overlays - ada macam-macam2 overlays eg : butterflies/hats/shapes etc
  • Frames
  • Texture
  • Themes


4. Sebagai contoh, untuk kecilkan saiz imej tersebut :-
- Klik pada Basic Edit - Resize 
- Masukkan saiz yang dikehendaki ...seterusnya klik "apply"



5. Untuk tambahkan text pada imej tersebut :

- Klik pada Text - Add Text
- Masukkan text yang dikehendaki ...seterusnya klik "apply"


6. Finally, save file tersebut ke local pc anda dalam format yang anda suka (normally aku save as *.jpeg)

- Klik pada Save- Save File as...
- Done.....

Good Luck pada yang baru nak mencuba.....

0 comments: