Saturday, 8 March 2014

Food Deliveries

Pernah tak korang mengalami situasi ini??

"Banyaknya benda nak kene setel....boss plak kasik kerja last minute. Breakfast pun tak sempat tadi. Sure lunch nanti pun tak de masa nak keluar"....

Mesti pernah punyaaa...kan?

Kat sini ada satu idea (aku jumpa benda ni masa hadapi situasi kat atas tu la...hehehhe)
Menggunakan apa saja teknologi yang ada di zaman digital ini dengan pantasnya tangan ini meng"google" . Ada ke services online untuk food delivery selain fast food?... Tetiba jumpe site nie "Room Service - Leading Food Delivery Service"....hurmmmm sounds good! boleh dipertimbangkan jugak niee...services ni katanya available di Malaysia, Singapore dan indonesia (wow...not bad)

Kita boleh memilih jenis makanan yang disukai daripada pelbagai kategori antaranya Italian, Thai, Malay, Western dan macam-macam lagi. Tempoh penghantaran dinyatakan adalah dalam 60 minit. 


ni contoh carian "malay food"



p.s : semuanya di hujung jari jer....:-)

Friday, 7 March 2014

Pembaharuan Lesen Memandu

Memandangkan roadtax kereta dan lesen aku dah hampir tamat, dengan gigihnya terpaksa aku melangkah ke JPJ Cawangan Bangi pada minggu lepas. Ramainya orang ya ampunn...walaupun masih awal pagi semasa aku mengambil nombor giliran, tapi dah ada 33 orang sebelum tiba giliran aku!Sabarlah wahai hati...

Selepas lebih sejam menunggu (dan berjaya melepasi beberapa level candy crush..hohoho..!!) akhirnya tiba giliran aku. So....inilah hasilnya lesen memandu aku yang baru ....sangat teruja.....:-)




Dari info yang aku terima daripada seorang sahabat, ada 3 cara untuk memperbaharui lesen memandu :-

1. Bawak gambar sendiri ukuran lesen (background putih) - ambik di kedai gambar, semestinya ada kos; atau
2. Ambik gambar terus kat JPJ - tiada kos  (tapi di JPJ Bangi tiada perkhidmatan ini); atau
3. Bagitau kakitangan kaunter untuk gunakan gambar dalam sistem (gambar MyKad) - inilah yang aku buat - juga tanpa kos.

Kadar bayaran untuk setahun adalah RM30 dan akan tamat berdasarkan tarikh lahir kita. So, 2016 pulak aku kena renew lesen....


Wednesday, 5 March 2014

Ebook : Pakej Lengkap Bun dan Pizza

Cuba tengok gambar-gambar nie...teruja tak??hehehheeh...





                                                (pic : google)

Sangat mengujakan bukan......semua orang boleh hasilkan sendiri bun dan pizza yang lazat..lagi meleleh ni. Cara-caranga ada kat sini ye....

Aku pun dah selamat beli ebook ni dan insya allah kalau dah berjaya bereksperimen nanti akan berkongsi hasilnya....tungguuuuuu!!!