Monday, 22 August 2011

Halal Haram Pelaburan Emas

Sedikit info untuk dikongsi bersama ..berkaitan halal haram pelaburan emas..

Sebelum itu jauhkan diri dari pelaburan emas yang ditawarkan oleh individu atau syarikat persendirian. Semak dahulu dengan bank negara kesahihan tawaran mereka dan selepas itu semak halal dan haramnya. Banyak yang tertipu dengan skim2 sebegini.

Secara umumnya tiada masalah dalam pembelian emas mengikut syarat muamalat yang biasa. Kita akad bayar dan ambil. Macam beli emas di kedai emas 'Mek Husna' mahupun 'Habib Jewels'. Masalahnya sekarang bagaimana pula aspek muamalat dalam isu AKAUN PELABURAN EMAS ?


Akaun ini sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu, perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah sebegitu bermasalah seperti matawang kertas. Emas fizikal (barang kemas, gold bar adalah terbaik)

Jadi bagaimana dengan hukum pembukaan akaun pelaburan emas?

Sedikit rujukan dari Ustaz Zaharuddin (pakar perbankan Islam), untuk aktiviti akaun simpanan emas ini menjadi HALAL dan SAH ianya mesti;

[+] Bank mempunyai emas tersebut
[+] Bank beri bukti pemilikan/pembukaan akaun

Jika tak ada 2 syart minimum ini makanya hukumnya adalah HARAM dan BATAL

Dalam kata lain, kita boleh mengeluarkan emas fizikal pada bila-bila masa kita perlukan (maknanya bank memiliki emas tersebut). Jika anda perasan bukan semua bank yang menawarkan akaun pelaburan emas ini membenarkan pengeluaran emas fizikal, persoalannya adakah mereka benar2 mempunyai emas tersebut?

 2 contoh bank yang membenarkan pengeluaran emas fizikal;

- Maybank dengan jumlah 10,20 dan 50grams
- Kuwait Finance House dengan jumlah 1,4,10 dan 50 grams

Ada ruang dalam sistem perbankan yang sedia ada, semuanya terletak atas kita. Jangan lupa bayar zakat emas bila cukup 'haul'nya, 85gram....


sumber : faridadam.com

Tips Membina Perniagaan Dari Rumah

Bekerja di rumah bukan perkara asing lagi. Telah ramai menceburi bidang “pekerja bebas atau freelance” tanpa ragu-ragu mungkin disebabkan tiada pekerjaan tetap, menukar hobi atau baru berjinak-jinak dalam sesuatu perniagaan.



Apa yang anda harus faham tentang konsep bekerja dari rumah


1. Tidak semestinya melarang anda berjumpa dengan pelanggan.
2. Anda boleh memperagakan pejabat anda kepada pelanggan
3. Anda boleh membuat pelancaran atau pembukaan
4. Anda boleh bermesyuarat, bersosial sepertimana hari-hari bekerja dengan majikan.
5. Anda boleh berpenampilan menarik (bukanlah sekadar memakai baju kelawar atau kain pelekat)
6. Anda boleh memenangi tender dll
7. Anda boleh menampilkan bakat, kepakaran dan pengalaman kepada pelanggan
8. Anda berhak menentukan konsep perniagaan; bersemuka atau tidak bersemuka
9. Anda boleh menyaman pihak lain dan juga disaman
10. Anda bebas membuat keputusan
11. Anda bebas membuat polisi syarikat
12. Anda berhak merekrut pekerja (tempatan atau dari luar Negara)

Bermakna daripada senarai di atas, anda lah majikan, anda lah pekerja dan anda lah pentadbir. Walaupun rumah anda telah menjadi dua dalam satu, iaitu sebuah pejabat-rumahtangga, anda perlu lah memperkenalkan pejabat anda itu kepada masyarakat. Melainkan anda hanya menjadi agensi atau melakukan kerja sumber luar (outsourcing) seperti perundingan kepada syarikat lain, mungkin anda hanya memerlukan sebuah blog berdaftar atau website statik yang sekadar menyenaraikan perkhidmatan anda tanpa perlu interaktif, kecuali beremel sahaja.


Ciri-ciri umum memulakan pejabat atau ruang perniagaan di rumah.


Sukarkah hendak membina sebuah pejabat-rumahtangga anda? Tidak sesukar yang disangkakan jika anda telah menjadikannya pejabat yang sebenar-benarnya, iaitu tempat bekerja dan bukan tempat makan merangkap tempat bekerja, atau ruang rehat merangkap tempat bertemu pelanggan. Beberapa perkara perlu diteliti sebelum memulakan pejabat di rumah:

1. Ruang yang sesuai
-Untuk memiliki sebuah ruang yang selesa memerlukan pengorbanan. Adakah rumah anda cukup luas untuk dijadikan ruang terapi kecantikan?Adakah ruang tersebut sekadar sesuai untuk seorang penulis menulis artikel atau buku-buku? Adakah anda perlu merenovasi ruang lain khusus untuk dijadikan pejabat? Anda tentu pernah menonton filem Anak Bapak. Pada zaman itu Tan Sri P.Ramlee sudah menyerlahkan idea tentang konsep pejabat di rumah.
-Selain sesuai, adakah laluan ke pejabat anda itu (sekiranya anda perlu bertemu pelanggan, bermesyuarat dengan pihak tertentu dll) berasingan? Tidak professional sekiranya pihak luar terpaksa memasuki pintu ruang tamu anda, kemudian melalui bilik-bilik tidur untuk ke ruang mesyuarat.

2. Kelengkapan pejabat atau pusat perniagaan anda
Ini bergantung pada jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda membuka salon kecantikan mini, sebagaimana diketahui sudah tentulah harus memiliki pengering rambut, kelengkapan untuk mencuci rambut, troli, perabot untuk menggunting rambut. Perlu diambil kira, adakah kesemua ini sekadar ada atau benar-benar boleh menatarias rambut dan gaya seseorang insan? Jika hanya boleh menggunting rambut, tetapi pelanggan terpaksa pula ke salon lain untuk mencuci atau mewarnakan rambutnya, dinasihatkan anda jangan berani-berani membuka sebuah salon kecantikan.


Bagaimana mempromosi pejabat atau ruang perniagaan di rumah?


Walaupun beroperasi dari rumah, kita hendaklah sentiasa kelihatan professional dan benar-benar memenuhi citarasa pelanggan. Walaupun anda sekadar seorang penulis amatur, anda boleh mempromosikan ruang bekerja anda bagi menarik perhatian pelanggan.Caranya:

1. Promosi dengan menggunakan blog. Protokol blogspot, wordpress dll sudah menjadi kelaziman. Lebih baik, anda memiliki domain berbayar anda sendiri.Anda lah pemiliknya, anda juga lah yang berhak mempamerkan gambar-gambar ruang kerja anda, testimonial pelanggan, sampel kerja atau berinteraksi dengan pembaca blog.

2. Promosi konvensional seperti mengirimkan brosur, fliers, menampal banner, bunting atau jika anda bermodal, mungkin membina sebuah papan tanda kecil lebih menjimatkan dalam jangka masa yang panjang.

3. Promosi besar-besaran seperti di media elektronik dan cetak.

4. Promosi rangkaian sosial seperti di Facebook, Tagged, Twitter dll.

5. Promosi di forum-forum pembaca

6. Promosi lebih konvensional dengan membuka boost sebagai hari bertemu pelanggan.

Paling penting, dari segi daya tarikan perniagaan dari rumah. Anda haruslah membuktikan kepakaran anda dalam bidang perniagaan yang anda ceburi.

Rasanya dalam keenam-enam cara promosi di atas, ramai yang sudah tahu tetapi bukan semua orang mempraktikkannya. Malah ada yang masih rasa kabur dan mula berputus asa.Janganlah begitu. Sekecil-kecil tips kadang kala orang lupa dan alpa tetapi jika anda tidak mula bertindak, ibarat anda hanya berangan-angan seperti Mat Jenin.

sumber  : drumah.com

Laughter is the best medicine

Hahahaa....aku dapat nie masa melayari blog sheila. Kreatif betul sapa2 yang dapat idea nie...! layann....


Kuih-kuih Tradisional Malaysia

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji (?) = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih untuk blackout = Tepung Pelita
Kuih tangkap ikan = Roti Jala
Kuih standard Hollywood = Kuih Jennifer Lopez
Kuih unit pemusnah bom = Kuih Bom
Kuih kaki dera = Kuih Cakar Ayam
Kuih paling bengap = Lempuk (sokmo nak kena hempuk) haha!
Kuih paling putih = Kuih Tepung Gomak
Kuih paling policies & procedures = Kuih Cara
Kuih paling rockstar = Kuih Deram
Kuih ahli bomba = Kuih Bakar
Kuih paling selekeh = Kuih Serabai
Kuih paling selalu kena marah = Putu Bambu
Kuih paling menyengat = Kuih Sarang Tebuan
Kuih iklan Ridsect paling suka = Kuih Sarang Semut

p.s : thanks sheila

Monday, 15 August 2011

Kelebihan Bagi Orang Yang berpuasa

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Wednesday, 10 August 2011

Mari ke dapur...#2


Kerepek Nestum / susu

Bahan-bahan:

Minyak masak secukupnya
1 bungkus kulit popia
Telur
Nestum
Gula (dikisar)
Horlick/Susu tepung *

* optional

Cara-cara
Potong kulit popia yg besar itu kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, gulungkannya menjadi popia-popia yg sangat kecil. Untuk memastikan gulungan itu tidak terlerai, sapukan telur untuk melekatkannya. (tapi aku gunting kecik2 je...sukati le kan...)

Gaulkan nestum, gula, susu tepung & horlick dalam satu bekas (dengan ratio nestum:gula:susu tepung:horlick = 2:1:0.5:0.5**). Kemudian goreng kulit popia itu dalam minyak yg panas. Bila kulit popia telah masak (berwarna kekuningan) boleh la angkat & terus digaulkan dalam bekas yg berisi campuran nestum, gula dan sebagainya tadi.

** Ratio boleh diubah mengikut citarasa anda (takde orang marah pon..)

----------jeng..jeng...jeng....popia nestum anda telah pun siap.

Saturday, 6 August 2011

Kuasa Emas

Harga emas meningkat lagi......sepanjang tempoh 3 bulan (Jun - Ogos) kalu tak silap aku dah 3 kali harga emas naik...

Tak caya refer figure nie....



credit to geng916.com



Seronok la sape-sapa yang banyak beli emas ...:-)

Wednesday, 3 August 2011

How to Enjoy Your Job

Phase 1: Examining Yourself

  1. Understand what makes you happy: Think about it – write it down. Take some time to make a list of the things that bring a smile to your face. When you make this list, write down everything, no matter how trivial or how irrelevant it may appear to your job. The purpose isn’t to relate this to your job, the purpose is to make a list that’s all about you.
  2. Ask "Why?" for each item: OK, you’ve got your list – now you need to figure out why those things make you happy… what is it about "fishing" that makes you happy? Is it actually doing it; or is it the surroundings? Is it really fishing or is it being out with friends? Do this for each item – dig deep. Keep asking "why" until you come up with the root of why this makes you happy. That’s the list you’re really looking for.
  3.  Understand what makes you unhappy: Just like in the previous two steps, you’re going to do this with the bad side of things. Does your morning commute make you unhappy? Why? Is it really the time you spend in the car… (if you ever just go for pleasure drives then it’s not being in the car)? Is it other drivers?
  4. Ask "Why?" for each item: Just like you did for the positive aspects, you need to determine why those things make you unhappy. Why does sitting in the car really bother you? Since you enjoy taking drives listening to music, why is this different? Think. This will be used later and it has to be very, very specific. Why does that bother you? Make the list and do the "why, why, why" and find out what really, deep down, are the things that make you unhappy.
  5. Understand what motivates you: People like doing the things that motivate them (that's an obvious definition). So you need to make a list of the things that make you feel motivated. Some people are motivated by helping others, some are motivated by accomplishment, some by intellectual stimulation. This is not a particularly easy task but it's something you need to know about yourself. It's one of those "meaning of life" activities that will vary from person to person. What is it for you?
*** http://www.wikihow.com

Mari ke Dapur..(versi Ramadhan)

Semalam dah berjaya dengan resipi Popia Ayam. Resipi ada kat sini yer...hehehe...
Petang nie cadangnye nak try wat resipi nie plak...:-)

Apam Polka Dot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

    * 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
    * 275 gm tepung gandum
    * 220 gm gula halus
    * 150 ml susu segar@susu cair
    * 3 sudu teh baking powder
    * 1 sudu kecil ovalette
    * sedikit esen vanilla
    * filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
    * pewarna

Cara-cara

# masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
# bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
# masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
# picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
# letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
# picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
# last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak 


#sumber : myresipi.com

Tuesday, 2 August 2011

Kisah Awal Ramadhan

Malam tadi...pas berbuka dan solat magrib aku saja2 keluar ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi....konon nak gi kedai carik bahan-bahan nak masak hari nie (masak? hmmm....berjaya ke misi aku nie...). Sepanjang jalan aku tengok lengang jerk...kereta pun ada 2-3 bijik je kat jalan. Dalam hati aku "diorang nie seme pakat dok rumah ke lepas berbuka?". Lepas dah amik & bayar barang-barang aku nak beli tu, berangkat le kami pulang. Alhamdulillah....sungguh aku terharu!!....bersusun-susun kereta dan motor sepanjang jalan yang dekat2 dengan surau & masjid. Suasana dalam surau dan masjid pun semua melimpah ruah!! ....Sungguh......aku terharu...harap-harap suasana sebegini akan berterusan sampai penghujung ramadhan.

*Lupa le plak nk snap gambar barang sekeping dua sebagai bukti....

Monday, 1 August 2011

Ramadhan..Part #2

# Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Sama2 kita banyaakkan amalan membaca Quranul Karim